Friday, 16 December 2011

POKOK SENA,KEDAH

Lelaki maut gara-gara cemburu

ALOR SETAR - Bahana cemburu, seorang lelaki berusia 54 tahun maut selepas dipukul dalam satu kejadian berhampiran kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Macang Kudong, Pokok Sena, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Hamdan Saad, dikatakan sedang menunggang motosikal bersendirian di kawasan itu sebelum dipukul dan ditinggalkan di dalam belukar.

Mangsa bagaimanapun sempat menghubungi keluarganya dan dibawa pulang ke rumah sebelum dibawa keHospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, mangsa ketika ditemui ahli keluarganya berada di dalam sebuah parit yang memisahkan ladang kelapa sawit dengan lokasi kejadian, dan mangsa dipercayai terjatuh sewaktu cuba mencari jalan untuk keluar dari lokasi kejadian.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Setar, Superintendan Baharom Abu berkata, mangsa yang dimasukkan ke HSB kira-kira jam 1 petang kelmarin, dilaporkan meninggal dunia awal pagi semalam.

“Mangsa mengalami kecederaan pada seluruh badan dan kes pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa).

“Hasil awal bedah siasat mendapati mangsa mengalami masalah jantung akibat kecederaan badan serta tekanan emosi akibat dipukul,” katanya.

Menurutnya, motif kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Susulan daripada itu, polis berjaya menahan dua suspek lelaki berusia 50 dan 22 tahun, bapa dan anak, di rumah mereka di Pokok Sena.

“Kedua-dua suspek berkenaan direman selama tujuh hari bermula kelmarin,” katanya.

Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa yang ditemui di pekarangan Unit Forensik HSB, semalam, enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.

JOM KTA PAKAT DERMA DARAH

Unit Tabung Darah Hospital Tumpat kekurangan bekalan darah terutamanya daripada jenis A dan O, kini giat menjalankan kempen menderma darah untuk menampung kekurangan tersebut.

Pegawai Seranta Hospital Pasir Mas/Tumpat, Wan Buhari Wan Abd. Razak berkata, pihaknya mengalu-alukan penderma tetap dan baru agar menyahut kempen menderma darah ini untuk menampung kekurangan bekalan darah tersebut.

“Satu program derma darah peringkat daerah Tumpat akan diadakan di Unit Tabung Darah Hospital Tumpat esok (Sabtu).

“Program itu bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang, orang ramai dijemput hadir menyahut kempen derma darah ini kerana setitis darah menyelamatkan beribu nyawa,” katanya.

Menurutnya, penderma darah akan diberikan sijil penghargaan dan cenderahati.

Wan Buhari berkata, penderma darah dari jenis kumpulan lain juga dialu-alukan untuk menderma darah walau pun unit tersebut kekurangan darah A dan O.

Katanya, kempen menderma darah seperti ini juga turut diadakan di beberapa institut pengajian tinggi, di kolej-kolej swasta dan kerajaan selain melibatkan penyertaan beberapa badan sukarelawan.

“Golongan muda turut menjadi sasaran bagi meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab sosial ini, yang mana setitis darah mereka mampu menyelamatkan nyawa orang lain,” katanya.

HIDUP SEMULA

asalamualaikum....

sorry lar semua... nie bru nak update blik blog nie...
4 bulan lbih x bka blog nie....niat 2 ada la nak on tp laptop rosak...
so karang laptop dah ok boleh lar nak start update blik....
sesape yang ada ramai members 2 follow la blog nie....
tolong2 coment ckit mcm mna nak wat blog nie bg sempoi....
lg pown sya nie x lar pandai sangat psal blog nie....

k la ada free time sya update laen ...k...